Tolong Awek Aku Pontianak
Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana.
Dihujung Mihrab
setelah menonton crte ni 2-3 mggu yang lalu…terpanggil untuk saya meletakkannya di blog saya…..
unutk preview crte ni tgk kat video di bawah ye….
pada saya crte ni cukup2..meruntun hati dan perasaan…kepada sesiapa yang meminati cerita2 islamik…
sebuah kisah cinta penuh dengan sifat2 islamik….
amat meruntun jiwa…..
antara kata2 dalam crte ni…..
" kasih sayang macam udara...
kita tak boleh nampak tapi kita boleh rasa.. "
Easier said than done…
lama sangat da x post….
maaf kepada sapa2 yang tertnggu post dr saya…
ceh…mcm la ada orang yang baca blog ni kan…
hurm tape r…
lau tade org sudi na baca pun….
menulis tuk dr sndr pun xpe….
sekurg2nya dapat gak muhasabah dr sndr….
hurm bact to the point…tajuk mggu ni….easier said than done…
pasal ape ye…
At – taghabun ayat 11, Dia berfirman : “ Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah , Maka Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya”
Cintailah RasulullaH S.A.W
Marilah kita hayati video berikut…..
semoga ianya mampu menginsafkan kita….
InsyaAllah..
sesungguhnya…kita takkan terlepas walu satu pun perbuatan
kita…kerana sesungguhnya Allah itu Maha Adil Sifatnya….
Beramallah sementara masih mampu…jangan pula kau
kesalinya apabila sudah tidak mampu…
RASULULLAH SAW APABILA DUDUK
Kata Hasan, "Kemudian aku tanyakan tentang duduknya Rasulullah SAW. Jawabnya, "Kebiasaan Rasulullah SAW tidak pernah duduk ataupun berdiri melainkan dengan berzikir, tidak pernah menguasai tempat duduk dan Baginda melarang seseorang untuk menguasai tempat duduk, dan apabila Baginda sampai pada tempat orang yang sedang berkumpul maka Baginda duduk di mana ada tempat terluang (tidak pernah mengusir orang lain dari tempat duduknya) dan Baginda juga menyuruh berbuat seperti itu.
Baginda selalu memberikan kepuasan bagi sesiapa saja yang duduk bersama Baginda, sehingga jangan sampai ada orang yang merasa bahawa orang lain dimuliakan oleh Baginda lebih daripadanya. Apabila ada yang duduk di majlisnya, Baginda selalu bersabar sampai orang itu yang akan bangkit terlebih dahulu (tidak pernah mengusir teman duduknya).
RASULULLAH SAW APABILA DI LUAR
bagaimana pula apabila
RASULULLAH SAW APABILA DI LUAR…..
Kata Hassan selanjutnya, "Kemudian aku tanyakan kepada ayahku bagaimanakah keadaan Rasulullah SAW apabila berada di luar. Maka jawabnya, "Rasulullah SAW sentiasa menjaga lidahnya kecuali hanya untuk berbicara seperlunya, apabila berbicara sentiasa berbicara dengan halus (lemah-lembut) dan tidak pernah berbicara dengan kasar terhadap mereka, dan sentiasa memuliakan terhadap orang yang terpandang (berkedudukan) dan memperingatkan orang jangan sampai ada yang bertindak menyinggung perasaannya dan perbuatannya.
Keutamaan Dan Pembahagian masa Rasulullah s.a.w
untuk kali ini, saya mengambil kesempatan untuk menerbitkan pula Keutamaan Dan Pembahagian masa Rasulullah s.a.w. Berkisar tentang pembahgian masa Rasululllah s.a.w tiap tiap hari dan lebih elok kiranya kita dapat mengamalkan juga…..
Bermula daripada petikan." Kata Hasan, "Maka aku pun pernah bertanya tentang peribadi Rasullullah SAW dan dia pun menjawab, "Bahawa Rasulullah SAW apabila telah masuk ke rumahnya, Baginda membahagi waktunya menjadi tiga bahagian. Sebahagian untuk Allah SWT, sebahagian lagi untuk keluarganya dan sebahagiannya yang lain untuk dirinya sendiri. Kemudian bahagian untuk dirinya itu dibahagikan pula untuk kepentingannya sendiri dan untuk kepentingan orang lain.