sila tekan pause kalau tidak suka dengar lagu..

Islamic Widget

Thursday, September 15, 2011

Ahli Taat dan Ahli Maksiat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda ;

Pada zaman Bani Israel dahulu ,hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap yang berbeza, lelaki yang pertama suka berbuat dosa sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali orang yang ahli ibadah ini melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan untuk rakannya berhenti daripada perbuatan dosanya.

Suatu kali orang yang ahli ibadah berkata lagi, berhentilah daripada berbuat dosa” Dia menjawab ‘ jangan pedulikan aku, terserah Allah akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutus Allah untuk untuk mengawasi apa yang aku lakukan . “ ahli ibadah itu membalas, demi Allah, dosamu tidak akan di ampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga Allah.”

Kemudian setelah kedua duanya mati, Allah s.w.t. telah menghakimi kedua dua mereka di hadapan –Nya. Allah s.w.t telah menghakimi kedua dua mereka dihadapan-Nya. Allah menyoal ahli ibadah ,” Adakah kamu lebih mengetahui daripada –Ku? Atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang telah berada di dalam kekuasaan-Ku.” Kemudian kepada ahli maksiat Allah berfirman” masuklah kamu ke dalam syurga berkat rahmat-Ku” sementara kepada ahli ibadah dikatakan ,” masukkan orang ini ke dalam neraka.”

Hadis Sahih Riwayat Ahmad 2/323: Abu Daud , 4901; Ibn Mubarak dalam kitab al- Zuhud,314; Ibn Abi Duniya dalam Husnuzh Zhan , 45; al – Baghawi dalam Syarah al – Sunnah, 14/385

0 comments:

Recent Post

get this widget here

Islamic Calendar

waktu solat

Islamic Widget

jom chat : - )

Followers