Bagaimana kalau aku mati esok.?
cuba tanya camni kat diri anda sendiri…sebelum tido….
camne kalau aku mati esok….
hurm x kot…tapi kalau aku mati camne….?
pahala aku da cukup ke akan jamin aku ke syurga..?
atau dosa aku lagi banyak .?
wooo…lau dosa lagi banyak…hurm tau da aku akn ke mana….
tapi betul ke aku akan mati esok…
katalah mati…kalau dosa banyak…aiya…ke neraka la aku jawabnya ni….tp aku duk rasa2…mcm dosa aku lg banyak dr pahala….
yela aku ni bknnya org yg baik pun…cmne plak pahala aku lebey banyak dr dosa aku plak…ini mmg pasti da…
tapi aku tanak la masuk neraka….
aiya cmne ni…yang aku tau dosa aku mmgla banyak…pahala tatau la plak berapa…almaklumla ta penah kire…
alah kalau kire pun..yang aku kata pahala tu da cmfirm ke akn jd pahala…mcm la kite ni tau sgt kan….yela…lau x ikhlas…cmfirm da x dpt pahala da…na harapkan ape ag…
aiya banyaknya dosa aku….tade cara lain da ni…kalau aku x mati lg esok…mulai esok jugak…x dpt tidak aku kene tmbh pahala aku hari……
kene hitung arini bape dosa aku da buat…bape pulak pahala aku da buat arini….baru la aku tau….yang mana lebey yg mana kurang…mcm atuk aku ckp dulu…
history is history…what can be change is future…
lau melayu pulak kata…benda yang berlalu taley na ubah da…masa depan masih bley di ubah….
p/s… marilah kite sama2 hisab diri kite sndr sebelum kite dihisab dihadapan Allah….
kerana mati itu pasti…keangkitan selepas itu pun pasti…syurga neraka lagi la pasti…
ade 2 je….x syurga…neraka la tu…
x neraka baru la syurga…
marilah kite sama2 berubah ke arah kebaikan…sebelum ajal yang menjemput kite dl….
mcm history jugak..kalau da mati da…taley na buat ape da…hitung tetap hitung…balasan tetap balasan…kerana Allah itu Maha Adil sifatnya….
selagi roh masih dikandung badan…gunalah untuk membuat pahala sebanyak2nya…bukannya dosa sebanyak2nya…selagi masa depan yang boley di ubah masih wujud….
baca,perhatikan dan renunglah ayat2 al quran berikut….
Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.
Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan.
Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.
0 comments:
Post a Comment