Beramal Dengan Keempat-Empat Kitab
Bagaimana beramal dengan keempat – empat kitab (Taurat, Injil, Zabur dan Al – furqan)
Satu cerita Hatim al – Asamm, beliau seoarang daripada murid dan sahabat Syaqiq Al –Bakhi r.a.
Syaqiq bertanya kepada Hatim Al – Asamm “Engkau bersahabat denganku semenjak 30 tahun yang lalu, apakah yang kau dapat sepanjang tempoh itu”?
Hatim menjawab, saya mendapat 8 faedah…seperti berikut…
1. Saya perhatikan manusia ada kekasih dan buah hati yang dicintai, ada temannya yang tunggunya hingga waktu sakit, serta hingga maut dan sesetengahnya hingga ke kubur. Kemudian mereka semua pulang sendirian keseorangan tinggalkan temannya keseorangan, dia tidak turut masuk ke dalam kuburnya.
Justeru saya pun berfikir dan berkata
“ sebaik- baik kekasih bagi seseorang itu ialah yang turut masuk ke dalam kubur menemaninya. Tidak ada yang boleh berbuat demikian selain amalan soleh, lalu saya mengambilnya menjadi kekasih supaya menjadi obor pelita bagiku di dalam kubur , menemani ku di dalamnya dan tidak meninggalkan aku keseorangan.”
Kata syaqiq ; “ Bagus engkau .”
2. Saya juga melihat ada manusia yang terburu – buru mengikut hawa nafsu, mereka segera melaksanakan kehendak nafsu mereka lalu saya memerhatikan firman Allah bermaksud:
Dan ada pun orang orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.
Saya yakin Al – quran itu haqq dan benar, lalu saya segera menentang hawa, sebaliknya bertungkus-lumus bermujahadah melawannya, tidak berseronok dengan keinginannya, sehingga ia redha taat kepada Allah Swt. dan tunduk terpimpin.
Kata syaqiq ; “semoga Allah memberi keberkatan kepadamu.”
3. Saya perhatikan setiap manusia berusaha mengumpul bendaan duniawi kemudian menggenggamnya, memegang dengan tangannya. Sehubungan ini, saya perhatikan firman Allah taala yang bermaksud :
Apa – apa yang ada di sisi kamu akan lenyap dan apa- apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.
Lalu saya membelanjakan hasil pendapatan yang saya kumpulkan semata- mata kerana Allah taala, saya agih - agihkannya kepada fakir miskin, semoga menjadi pertaruhanku di sisi Allah Taala.
Kata syaqiq “ Bagus engkau.”
4. Saya lihat sebahagian manusia menyangka, kemuliaan dan ketinggiannya , kerana ramai kaum kerabat dan anak buah sehingga dia terpedaya dengan mereka itu. Sementara yang lain pula menganggap , kemuliaan dan ketinggian itu kerana banyak harta benda dan anak- anak. Justeru mereka berbangga – bangga dengannya. Sebahagian yang lain pula menganggap kemuliaan dan ketinggian itu dalam gerakan merampas harta benda orang ramai, menzalimi dan menumpahi darah mereka. Ada pula golongan yang menganggap kemuliaan dan tinggi kedudukan itu ialah menghabiskan harta , boros berbelanja dan membazirkannya. Dalam persoalan ini saya perhatikan firman Allah taala yang bermaksud;
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu.
Justeru saya memilih takwa kerana saya yakin AL Quran itu benar dan betul. sedang sangkaan dan anggapan mereka itu semuanya palsu belaka.
Kata syaqiq : “Bagus engkau.”
5. Saya perhatikan manusia suka cela-mencela dan umpat mengumpat antara satu sama lain. Timbulnya sikap tersebut kerana dengki tentang harta benda, pangkat, dan ilmu pengetahuan. Mengenai hal ini saya perhatikan firman Allah Taala yang bermaksud ;
Kami telah membahagikan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia.
Jadi jelas bagi saya, pembahagian itu adalah daripada Allah sejak azali. Oleh itu saya tidak menaruh perasaan dengki kepada sesiapa pun. Saya redha dengan pembahagian Allah Taala itu.
Kata syaqiq ; “Bagus engkau.”
6. Saya perhatikan pula, ada manusia bermusuh – musuhan antara satu sama lain kerana sesuatu tujuan dan sebab. Dalam hal ini saya perhatikan firman Allah Taala yang bermaksud :
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu maka hendaklah kamu jadikannya musuh.
Al – Quran itu betul. Ini menunjukkan , selain daripada syaitan dan pengikut –pengikutnya itu bukan musuh sebenar kita. Justeru, saya jadikan syaitan itu musuh ketat, tiada saya kompromi dengannya. Saya tidak taat kepadanya dalam apa- apa jua pun. sebaliknya saya penuh patuh kepada perintah Allah, memerhatikan keagungan-Nya dan tidak memusuhi sesiapa pun dan saya juga mengenal Jalan yang Lurus. Firman Allah yang bermaksud ;
Bukankah aku telah memerintahkan kepada kamu Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembah-Ku.
Kata syaqiq ; “Bagus engkau.”
7. Saya perhatikan , setiap orang berusaha bersungguh – sungguh, dan terlalu rajin bertungkus – lumus mencari makan dan kehidupan sehingga terlibat dalam perkara syubhah dan haram , sehingga melemahkan diri dan kurang bertenaga, lalu saya perhatikan firman Allah Taala yang bermaksud :
Dan tidak ada sesuatu binatang melata pun dibumi ini melainkan Allah yang memberi rezekinya .
Saya perhatikan lagi firman Allah Taala bermaksud :
Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakan.
Saya juga termasuk makhluk melata di muka bumi , ertinya rezeki saya sudah terjamin di sisi Allah. Saya dituntut berusaha mencari kehidupan akhirat, lalu saya memberi sepenuh perhatian kepada Allah maha Pencipta.
Saya yakin , rezeki saya dalam kekuasaan Allah dan dia telah menjaminnya , maka dapatlah saya menumpukan ibadah kepada-Nya dan saya putuskan rasa tamak selain daripada Allah.
Kata syaqiq ; bagus engkau
8. Saya perhatikan setiap orang banyak bergantung pada sesuatu makhluk : sesetengahnya kepada dinar dan dirham( wang ringgit ) dan sesetengahnya kepada harta benda dan kekuasaan. Sesetengahnya pula bergantung pada pekerjaan dan perusahaan , dan yang lain kepada makhluk yang serupa dengannya. Saya perhatikan firman Allah Taala , bermaksud :
Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan- Nya. Sesungguhnya Allah mengadakan bagi tiap- tiap sesuatu itu suatu ketentuan.
Oleh itu saya bertawakal kepada Allah, dia mencukupkan bagiku dan sebaik – baik penguasa.
Kata syaqiq ; bagus engkau, wahai Hatim. Allah Taala telah memberi taufik kepada engkau . sesungguhnya aku telah melihat Taurat, Injil, Zabur dan Al – furqan, aku dapati kandungan empat buah kitab tersebut berkisar kepada lapan faedah ini. Sesiapa beramal dengannya, bererti dia beramal dengan keempat- empat kitab ini.
Ayyuhal - Waladul Muhibb – Hujjatul Islam Imam al - Ghazali
versi video pula adalah seperti dibawah :
0 comments:
Post a Comment