sila tekan pause kalau tidak suka dengar lagu..

Islamic Widget

Wednesday, October 26, 2011

KIRI ??? KANAN ???

sebelum adanya B...akan ada A dulu...

sebelum adanya kita....kene ada mak n ayah kita dulu...

sebelum berlakunya perhitungan amalan, kenela ada pencatat amalan dulu....

apa yang ingin di bincangkan pada post kali ni ialah mengenai

penulis amalan baik di kanan kita n penulis amalan jahat dikiri kita...

hurm...sebagaimana statement di atas..sebelum segala amalan kita d hitung di akhirat kelak...

sebagaimana ayat dibawah...

clip_image001
Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. (Al-Anbiyaa' 21:1)

Nauzubillahhiminzalik....semoga kita semua tidak tergolong di dalam golongan yang di perkatakan dalam ayat di atas....

Monday, October 17, 2011

Panduan Solat Rasulullah

 

untuk video ke 4  http://www.youtube.com/watch?v=iB1U1ES8iZ4&feature=related

Saturday, October 1, 2011

Ajal maut itu Allah yang tentukan…

Terperosok di bawah lori

 

KOTA BHARU- ”Bapa mengantuk lah along tetapi bapa kena pergi juga,” Itulah kata-kata terakhir seorang bapa kepada anaknya, Norsaidatul Hafiza, 20, sebelum dia maut dalam kemalangan di Batu 8, Kadok dekat sini, petang, kelmarin.
Norsaidatul hafiza, berkata, sebelum bapanya, Che Stopa Awang, 51, keluar rumah kira-kira jam 5 petang untuk ke tempat kerja di Gua Musang, bapanya mengadu mengantuk dan lapar.
”Selepas bapa saya mengadu mengantuk, saya ada melarang bapa saya supaya tidak pergi lagi ke tempat kerja kerana bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Saturday, September 24, 2011

Ustaz Azhar Idrus - Genggam Islam Umpama Genggam Bara Api

 

SmileNinjaOpen-mouthed smileWinking smileSurprised smileSmile with tongue out

Friday, September 16, 2011

wallpaper Islamik

cuma ingin berkongsi…..

boleh download di bawah…..

 

contoh wallpaper adalah seperti di bawah….

 

 

 

Islamic wallpaper hd free download

semoga perkongsian ini mampu mendekatkan dan menambahkan keimanan kita kepada Allah s.w.t

 

saje je na share drpd terperap dlm laptop ana….sape tau mungkin berguna untuk anda juga….tak payah na cari satu satu lagi dah…

Sifat 20 Bagi ALLAH

Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui.
BIL : 1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.
BIL : 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)
BIL : 3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)
BIL : 4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.
BIL : 5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.
BIL : 6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.
BIL : 7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.
BIL : 8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.
BIL : 9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.
BIL : 10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.
BIL : 11
SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.
BIL : 12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.
BIL : 13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.
BIL : 14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.
BIL : 15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.
BIL : 16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.
BIL : 17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.
BIL : 18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.
BIL : 19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.
BIL : 20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.

Thursday, September 15, 2011

Ahli Taat dan Ahli Maksiat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda ;

Pada zaman Bani Israel dahulu ,hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap yang berbeza, lelaki yang pertama suka berbuat dosa sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali orang yang ahli ibadah ini melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan untuk rakannya berhenti daripada perbuatan dosanya.

Suatu kali orang yang ahli ibadah berkata lagi, berhentilah daripada berbuat dosa” Dia menjawab ‘ jangan pedulikan aku, terserah Allah akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutus Allah untuk untuk mengawasi apa yang aku lakukan . “ ahli ibadah itu membalas, demi Allah, dosamu tidak akan di ampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga Allah.”

Kemudian setelah kedua duanya mati, Allah s.w.t. telah menghakimi kedua dua mereka di hadapan –Nya. Allah s.w.t telah menghakimi kedua dua mereka dihadapan-Nya. Allah menyoal ahli ibadah ,” Adakah kamu lebih mengetahui daripada –Ku? Atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang telah berada di dalam kekuasaan-Ku.” Kemudian kepada ahli maksiat Allah berfirman” masuklah kamu ke dalam syurga berkat rahmat-Ku” sementara kepada ahli ibadah dikatakan ,” masukkan orang ini ke dalam neraka.”

Hadis Sahih Riwayat Ahmad 2/323: Abu Daud , 4901; Ibn Mubarak dalam kitab al- Zuhud,314; Ibn Abi Duniya dalam Husnuzh Zhan , 45; al – Baghawi dalam Syarah al – Sunnah, 14/385

Recent Post

get this widget here

Islamic Calendar

waktu solat

Islamic Widget

jom chat : - )

Followers