sila tekan pause kalau tidak suka dengar lagu..

Islamic Widget

Wednesday, June 8, 2011

Cintailah RasulullaH S.A.W

Marilah kita hayati video berikut…..

 

semoga ianya mampu menginsafkan kita….

InsyaAllah..

sesungguhnya…kita takkan terlepas walu satu pun perbuatan

kita…kerana sesungguhnya Allah itu Maha Adil Sifatnya….

 

 

Beramallah sementara masih mampu…jangan pula kau

kesalinya apabila sudah tidak mampu…

Call meNinjaParty smileTurtleComputerGreen with envy

Sunday, June 5, 2011

RASULULLAH SAW APABILA DUDUK

Kata Hasan, "Kemudian aku tanyakan tentang duduknya Rasulullah SAW. Jawabnya, "Kebiasaan Rasulullah SAW tidak pernah duduk ataupun berdiri melainkan dengan berzikir, tidak pernah menguasai tempat duduk dan Baginda melarang seseorang untuk menguasai tempat duduk, dan apabila Baginda sampai pada tempat orang yang sedang berkumpul maka Baginda duduk di mana ada tempat terluang (tidak pernah mengusir orang lain dari tempat duduknya) dan Baginda juga menyuruh berbuat seperti itu.

 

Baginda selalu memberikan kepuasan bagi sesiapa saja yang duduk bersama Baginda, sehingga jangan sampai ada orang yang merasa bahawa orang lain dimuliakan oleh Baginda lebih daripadanya. Apabila ada yang duduk di majlisnya, Baginda selalu bersabar sampai orang itu yang akan bangkit terlebih dahulu (tidak pernah mengusir teman duduknya).

Friday, June 3, 2011

RASULULLAH SAW APABILA DI LUAR

bagaimana pula apabila

RASULULLAH SAW APABILA DI LUAR…..

Kata Hassan selanjutnya, "Kemudian aku tanyakan kepada ayahku bagaimanakah keadaan Rasulullah SAW apabila berada di luar. Maka jawabnya, "Rasulullah SAW sentiasa menjaga lidahnya kecuali hanya untuk berbicara seperlunya, apabila berbicara sentiasa berbicara dengan halus (lemah-lembut) dan tidak pernah berbicara dengan kasar terhadap mereka, dan sentiasa memuliakan terhadap orang yang terpandang (berkedudukan) dan memperingatkan orang jangan sampai ada yang bertindak menyinggung perasaannya dan perbuatannya.

Thursday, June 2, 2011

Keutamaan Dan Pembahagian masa Rasulullah s.a.w

untuk kali ini, saya mengambil kesempatan untuk menerbitkan pula Keutamaan Dan Pembahagian masa Rasulullah s.a.w. Berkisar tentang pembahgian masa Rasululllah  s.a.w tiap tiap hari dan lebih elok kiranya kita dapat mengamalkan juga…..

 

Bermula daripada petikan." Kata Hasan, "Maka aku pun pernah bertanya tentang peribadi Rasullullah SAW dan dia pun menjawab, "Bahawa Rasulullah SAW apabila telah masuk ke rumahnya, Baginda membahagi waktunya menjadi tiga bahagian. Sebahagian untuk Allah SWT, sebahagian lagi untuk keluarganya dan sebahagiannya yang lain untuk dirinya sendiri. Kemudian  bahagian untuk dirinya itu dibahagikan pula untuk kepentingannya sendiri dan untuk kepentingan orang lain.

Recent Post

get this widget here

Islamic Calendar

waktu solat

Islamic Widget

jom chat : - )

Followers