Cintailah RasulullaH S.A.W
Marilah kita hayati video berikut…..
semoga ianya mampu menginsafkan kita….
InsyaAllah..
sesungguhnya…kita takkan terlepas walu satu pun perbuatan
kita…kerana sesungguhnya Allah itu Maha Adil Sifatnya….
Beramallah sementara masih mampu…jangan pula kau
kesalinya apabila sudah tidak mampu…
RASULULLAH SAW APABILA DUDUK
Kata Hasan, "Kemudian aku tanyakan tentang duduknya Rasulullah SAW. Jawabnya, "Kebiasaan Rasulullah SAW tidak pernah duduk ataupun berdiri melainkan dengan berzikir, tidak pernah menguasai tempat duduk dan Baginda melarang seseorang untuk menguasai tempat duduk, dan apabila Baginda sampai pada tempat orang yang sedang berkumpul maka Baginda duduk di mana ada tempat terluang (tidak pernah mengusir orang lain dari tempat duduknya) dan Baginda juga menyuruh berbuat seperti itu.
Baginda selalu memberikan kepuasan bagi sesiapa saja yang duduk bersama Baginda, sehingga jangan sampai ada orang yang merasa bahawa orang lain dimuliakan oleh Baginda lebih daripadanya. Apabila ada yang duduk di majlisnya, Baginda selalu bersabar sampai orang itu yang akan bangkit terlebih dahulu (tidak pernah mengusir teman duduknya).
RASULULLAH SAW APABILA DI LUAR
bagaimana pula apabila
RASULULLAH SAW APABILA DI LUAR…..
Kata Hassan selanjutnya, "Kemudian aku tanyakan kepada ayahku bagaimanakah keadaan Rasulullah SAW apabila berada di luar. Maka jawabnya, "Rasulullah SAW sentiasa menjaga lidahnya kecuali hanya untuk berbicara seperlunya, apabila berbicara sentiasa berbicara dengan halus (lemah-lembut) dan tidak pernah berbicara dengan kasar terhadap mereka, dan sentiasa memuliakan terhadap orang yang terpandang (berkedudukan) dan memperingatkan orang jangan sampai ada yang bertindak menyinggung perasaannya dan perbuatannya.
Keutamaan Dan Pembahagian masa Rasulullah s.a.w
untuk kali ini, saya mengambil kesempatan untuk menerbitkan pula Keutamaan Dan Pembahagian masa Rasulullah s.a.w. Berkisar tentang pembahgian masa Rasululllah s.a.w tiap tiap hari dan lebih elok kiranya kita dapat mengamalkan juga…..
Bermula daripada petikan." Kata Hasan, "Maka aku pun pernah bertanya tentang peribadi Rasullullah SAW dan dia pun menjawab, "Bahawa Rasulullah SAW apabila telah masuk ke rumahnya, Baginda membahagi waktunya menjadi tiga bahagian. Sebahagian untuk Allah SWT, sebahagian lagi untuk keluarganya dan sebahagiannya yang lain untuk dirinya sendiri. Kemudian bahagian untuk dirinya itu dibahagikan pula untuk kepentingannya sendiri dan untuk kepentingan orang lain.
Anak Kunci ke Syurga…
marilah kita sama sama merungkai atau mencari kunci untuk
kita ke syurga…
pada asalnya banyak benda na ulas tentang video ni….
tapi sekarang sudah hilang la pulak….
tapi takpe…lain kali kalau baru ada…
nanti akan saya updatekan…
apa punmendoakan semoga kita semua akan dapat masuk
ke syurga nanti….
insyaAllah….
KEBIASAAN RASULULLAH SAW
sebagaimana tajuk…saya ingin mengupas apakah
KEBIASAAN RASULULLAH SAW
Kataku selanjutnya, "Terangkanlah kepadaku tentang kebiasaannya." Maka katanya, "Keadaan peribadi Rasulullah SAW itu biasanya tampak selalu
SIFAT DAN AKHLAK RASULULLAH S.A.W
sebagai seorang islam……terpanggil untuk saya menyebarkan…setelah…sekian lama….
Diriwayatkan oleh Ya'kub bin al-Fasawy dari Hassan bin Ali r.a, dia berkata, "Pernah aku tanyakan kepada bapa saudaraku yang bernama Hindun bin Abi Haala kerana dia adalah seorang yang pandai sekali dalam menyifatkan tentang peribadi Rasulullah SAW, dan aku sangat senang sekali mendengarkan sifat Rasulullah SAW untuk aku jadikan bahan ingatan.
Maka katanya, "Rasulullah SAW adalah agung dan diagungkan, wajahnya berkilauan bagaikan bulan purnama, tingginya cukup (tidak pendek dan tidak jangkung), dadanya lebar (bidang), rambutnya selalu rapi dan terbelah di tengahnya, rambutnya panjang sampai pada hujung telinganya, dan berambut banyak, mukanya bergabung menjadi satu, di antara kedua alisnya ada urat yang dapat dilihat pada waktu Baginda sedang marah, hidungnya membungkuk di tengahnya dan kecil lubangnya, nampak sekali padanya cahaya, sehingga orang yang memperhatikannya mengira hidung Baginda itu tinggi (mancung).
Recent Post
Islamic Calendar

waktu solat
Islamic Widget
