sila tekan pause kalau tidak suka dengar lagu..

Islamic Widget

Monday, May 30, 2011

KEBIASAAN RASULULLAH SAW

sebagaimana tajuk…saya ingin mengupas apakah

KEBIASAAN RASULULLAH SAW

Kataku selanjutnya, "Terangkanlah kepadaku tentang kebiasaannya." Maka katanya, "Keadaan peribadi Rasulullah SAW itu biasanya tampak selalu

· kelihatan seolah-olah selalu berfikir,

· Tidak pernah mengecap istirehat walau sedikit pun,

· Tidak berbicara kecuali hanya apabila perlu,

· Sentiasa diam,

· Selalu memulai berbicara dan menutupnya dengan sepenuh mulutnya (jelas), apabila sedang berbicara Baginda selalu memakai kalimat-kalimat yang banyak ertinya (bijaksana),

· Pembicaraannya itu jelas tanpa berlebihan ataupun kurang,

· Lemah lembut budi pekertinya, tidak kasar, tetapi bukannya rendah,

· Selalu mengagungkan nikmat Allah SAW walaupun yang sekecil-kecilnya dan tidak pernah mencelaNya sedikit pun.

· Apabila ada orang yang memperkosa kebenaran, maka Baginda akan marah-marah dengan sangat dan tidak ada seorang pun yang dapat menghalangi kemarahannya itu sampai kebenaran itu akan menang. (Dan dalam riwayat lain disebutkan, bahawa Baginda tidak pernah marah apabila berkenaan dengan urusan keduniaan, tetapi apabila ada sesuatu yang benar sedang diperkosa maka Baginda akan marah sehingga tidak akan memandang sesiapa pun juga dan tidak akan ada yang dapat menghalangi kemarahannya itu sampai kebenaran itu menang, dan tidak pernah marah kerana dirinya).

· Apabila Baginda sedang memberikan isyarat (menunjuk), maka Baginda mengisyaratkan dengan seluruh telapak tangannya,

· Apabila sedang takjub pada sesuatu maka Baginda balikkan telapak tangannya, apabila Baginda sedang berbicara maka sering Baginda memukulkan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya,

· Apabila sedang marah maka sering Baginda berpaling.

· Apabila sedang bergembira Baginda sering tersenyum (ketawa),

· Apabila tertawa Baginda sentiasa tersenyum saja, dan senyumannya itu serupa dengan embun yang dingin.

 

sedikit sedikit lama lama jadi banyak…Thumbs up

0 comments:

Recent Post

get this widget here

Islamic Calendar

waktu solat

Islamic Widget

jom chat : - )

Followers