sila tekan pause kalau tidak suka dengar lagu..

Islamic Widget

Wednesday, August 17, 2011

LIHAT CERMIN

Dengan lafaz bismillahhiraahmanirrahim....

Rasa syukur ana di atas nikmat kesihatan yang di kurniakan Allah kepada ana...

Bersempena dengan nuzul Quran pada hari ini...

Ana ingin mengajak kita semua cuba fikirkan sejenak...

Ayat ayat yang ana tulis dibawah...

Cuba buat ye...

Hadapkan diri di cermin...dan bertanya...

“ adakah wajah yang indah ini akan bercahaya di akhirat kelak ataupun akan hangus terbakar oleh api neraka?”

Tataplah mata hitam kita sambil bertanya, “ adakah mata ini adalah mata yang dapat menatap Allah,menatap Nabi Muhammad S.A.W., menatap para kekasih –Nya surga kelak ataupun mata yang akan terburai kerana dosa dosa yang pernah dilakukan?”

Pada bibir dan lidah pula “ adakah bibir ini akan mampu tersenyum gembira di syurga ataupun lidah kita akan menjulur dan pecah pecah , lalu bibir kita koyak , melecur dan hancur akibat sisa api neraka?”

Mari kita perhatikan tubuh badan kita pula “ adakah ia akan memancar penuh cahaya di akhirat sehingga layak berdamping dengan Nabi Muahmmad S.A.W ataupun ia akn menjadi bahan bakar bersama hangusnya batu dan orang orang ingkar kepada Allah Di dasar neraka?”

Pada kedua dua belah kaki “ adakah ia sentiasa melangkah di jalan Allah sehingga berhak memijak lantai syurga ataupun ia akn dicabik cabik oleh duri dan remuk di hentam batu batu keras di dalam api neraka?”

Kulit kita pula “ adakah ia akan tetap indah dan bercahaya ataupun ia akan hangus di jilat api neraka?”

Semoga dengan sambil bercermin diri sahaja, kita dapat muhasabah diri kita....

Ikhlaslah dalam setiap amal perbuatan kita ke jalan Allah...

Assalamualaikum W.B.T

0 comments:

Recent Post

get this widget here

Islamic Calendar

waktu solat

Islamic Widget

jom chat : - )

Followers